Feb 13, 2010

Featured Article

Written by Zuridan Bin Muhammad
Saturday, 04 October 2008

Pada mana-mana organisasi tentera laut pun, pasti akan
mempunyai pasukan khas atau komandonya, dan Tentera
Laut Diraja Malaysia tidak terkecuali.
Dengan nama akronimnya sebagai PASKAL (Pasukan Khas Laut)
ramai pemerhati berpendapat ia antara unit elit yang paling
berkemampuan dalam Angkatan Tentera Malaysia dan
mempunyai tahap ujian kelayakan atau kemasukan yang
sangat sukar berbanding unit-unit elit yang lain.
Kepakaran anggota-anggota PASKAL (...lagi)

Feb 3, 2010

Saturday, 18 April 2009

Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Dato’ Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar telah menyempurnakan Upacara Pentauliahan Pasukan Khas Laut (PASKAL) di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 15 April 09. Dengan pentauliahan tersebut Markas PASKAL kini dikenali dengan nama Kapal Diraja (KD) PANGLIMA HITAM.

Nama KD PANGLIMA HITAM telah diilhamkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, selaku Kepten Yang DiPertua TLDM.
Panglima Hitam merupakan gelaran yang dianugerahkan kepada Pahlawan Melayu yang mempunyai sifat keberanian dan sikap taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Baginda Sultan dan kerajaan. Sejarah gelaran Panglima Hitam juga boleh dikesan sehingga hari ini seperti fakta berikut:

(1) Panglima Hitam (Taiping). Merupakan seorang pendekar tujuh bersaudara berketurunan Raja Bugis yang berasal dari Mekasar, Sulawesi. Semasa belayar beliau telah singgah dan seterusnya menetap di Kuala Larut. Manakala saudaranya telah meneruskan perjalanan Kepulauan Melayu yang lain. Sepanjang hayatnya, beliau sentiasa memakai pakaian hitam dan mempunyai ilmu mempertahankan diri yang sangat tinggi berbanding saudaranya yang lain.

(2) Panglima Hitam (Kuala Selangor). Merupakan pengawal kepada Almarhum Sultan Ibarahim Sultan Selangor ke dua dan Almarhum Sultan Muhammad Sultan Selangor ke tiga semasa hayatnya. Kesetiaan Panglima Hitam ini tidak berbelah bahagi dan setelah kematiannya telah dikebumikan disamping makam-makam Almarhum di Bukit Malawati. Sebelum Panglima Hitam ini meninggal dunia secara tegas beliau telah berwasiat supaya dikebumikan di luar makam DiRaja. Wasiat Panglima Hitam ini mencerminkan tanggungjawab dan kesetiaan beliau yang tidak berbelah bagi dan tiada bandingnya sehingga ke akhir hayat.






(3) Panglima Hitam (Jugra). Merupakan pengawal semasa Pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Samad Sultan Selangor ke empat, mengikut lisan dari orang tua-tua Panglima di Jugra ini bernama Daeng Ali dan pusaranya terdapat di Makam DiRaja Jugra.

(4) Panglima Hitam ( Muar Johor). Panglima Hitam atau Baginda Zahiruddin berasal dari Padang Pariaman Minangkabau, Pulau Sumatera Indonesia. Merupakan pengasas Silat Lintau di Indonesia seterusnya ke Tanah Melayu pada abad ke 16. Beliau telah berkerjasama dengan penduduk tempatan dan berjaya menumpas dan menghapuskan lanun di muara Sungai Muar.

(5) Panglima Hitam (Segamat Johor). Berdasarkan kepada beberapa kajian Panglima Hitam ada di mana-mana kesultanan Kerajaan Melayu di negara ini. Antara lain adalah Panglima Hitam yang mengalahkan pemberontak dalam Perang Jementah dan pusaranya terdapat di Daerah Segamat, Johor.



--------------------------------Other similar article review-----------------------------

Pada 15 April lalu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menempa sejarah apabila pasukan khasnya atau sebelum ini lebih dikenali dengan akronim PASKAL, telah diberikan nama baru serta ditauliahkan sebagai satu entiti yang mempunyai identitinya tersendiri.TEMPUR mengajak pembaca untuk melalui susur galur penubuhan, evolusi kemampuan serta arah hala-tuju pasukan Komando Laut TLDM yang hari ini telahpun bergelar KD PANGLIMA HITAM (..lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis