Kuala Lumpur - Reports of a second swift and successful raid against Somali pirates say the Malaysian Navy has liberated 23 crew, wounded three pirates and captured a further 20 in the Gulf of Aden.
Members of the Royal Malaysian Navy’s special forces unit foiled an attempt to hijack the Malaysian-owned tanker, MT Bunga Laurel, about 300 nautical miles (555 kilometres) east of Oman Thursday, according to Reuters, with reports coming in just hours ago. The rescue took place just hours before the South Korean operation.
Similarly to the Korean government, Malaysia’s Prime Minister Najib Razak said his government was studying international law on how to deal with the pirates:
"We will determine what we should do, whether we are going to bring them here to be tried or take any other appropriate action.”
The rescue, which occurred a few hours before the South Korean navy operation, began when a Malaysian Navy auxiliary ship, the Bunga Mas, received an emergency signal from the Bunga Laurel, which was 15 nautical miles (26 kilometres) away. Navy chief Admiral Abdul Aziz Jaafar said:
"At exactly 11.40 p.m., Bunga Mas 5 called MISC's Emergency Reporting Centre to report that Bunga Laurel had been attacked and pirates were attempting to board the ship by using skiffs.”
Malaysia’s The Star also quoted the prime minister, who said:
“I am proud of the success. They had acted efficiently and demonstrated their bravery in rescuing the tanker.”
The Star said the rescue was carried out by the Malaysian navy’s PASKAL special operations unit, which is similar to the US Navy SEAL teams. The PASKAL team boarded the ship, followed by an exchange of fire between the commandos and the pirates, in which three of the latter were wounded. The pirates then apparently surrendered.
The BBC reported an attack helicopter was also involved in the rescue, but did not specify the type or the action it carried out.
The two rescues within hours of each other are heartening news, but the BBC report points out that pirate attacks went up 10 percent from 2009 to 2010, with pirates taking an all-time high of 1,181 hostages in 445 attacks, hijacking 53 ships and killing eight sailors.
All this at least 30 major naval ships and the navies and air forces of the EU and NATO, as well as Australia, New Zealand, Russia, India and China taking part in counter-piracy patrols.
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my
KOMANDO TLDM (Paskal) mengawasi tujuh lanun Somalia yang ditahan selepas menyelamatkan kapal dagang MT Bunga Laurel daripada tawanan kumpulan lanun itu di perairan Teluk Aden, timur Oman, kelmarin.
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Kecekapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali lagi terbukti apabila berjaya menyelamatkan sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel selepas dua jam ditawan lanun, kira-kira 300 batu nautika (555 kilometer) di timur Oman, semalam. Misi menyelamat itu dilakukan bersama kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 yang terlibat dalam Operasi Fajar bagi memberi perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel itu ketika melalui perairan Teluk Aden. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam tadi, kapal dagang yang disewa MISC Berhad itu telah ditawan sekumpulan tujuh lanun warga Somalia yang bersenjatakan senapang jenis AK-47 dan pistol. Kumpulan lanun itu menaiki sampan yang diturunkan dari sebuah kapal induk membawa seramai 18 lanun untuk menyerang kapal dagang berkenaan yang membawa muatan minyak pelincir dan bahan kimia jenis ‘ethylene dichloride’ dari Asia Barat ke Singapura.
Seramai 23 krew kapal MT Bunga Laurel berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dalam misi menyelamat yang dilancarkan Pasukan Perlindungan Khas ATM itu. Dalam kejadian itu juga, kesemua tujuh lanun berkenaan berjaya ditahan manakala tiga daripadanya cedera ketika berbalas tembakan dengan tentera ATM. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan di sini hari ini, rampasan itu berlaku selepas dua jam kapal MT Bunga Laurel dipisahkan di perairan selamat setelah diiringi Bunga Mas 5. “Krew kapal MT Bunga Laurel sempat mengaktifkan sistem penggera keselamatan kapal sebelum bersembunyi di bilik keselamatan khas yang terletak berhampiran bilik jentera kapal. “Bertindak daripada panggilan kecemasan itu, kapal Bunga Mas 5 yang berada 14 batu nautika (25.9 kilometer) dari MT Bunga Laurel bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu,” katanya. Dalam operasi tersebut, sebuah helikopter jenis Fennec TLDM yang dilancarkan kapal bantuan Bunga Mas 5 melepaskan tembakan dari udara. Menurut kenyataan itu lagi, tembakan tepat ke arah kapal induk lanun itu berjaya menghalangnya daripada memberi bantuan kepada kumpulan lanun yang berada atas kapal MT Bunga Laurel. “Pasukan Perlindungan Khas ATM kemudian melancarkan operasi menggempur lanun itu pada pukul 1.20 pagi dan selepas berbalas tembakan, kesemua lanun itu berjaya ditahan manakala anak kapal itu diselamatkan,” jelas kenyataan itu.
Operasi Fajar yang bermula Julai tahun lalu berikutan insiden rampasan dua kapal tangki MISC 2008, memperlihatkan sokongan kuat kerajaan, ATM dan TLDM dalam menjaga kepentingan negara. Kapal bantuan Bunga Mas 5 yang diubah suai daripada sebuah kapal kontena merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia dilengkapi hangar menempatkan pesawat Super Lynx dan bot tempur milik TLDM untuk melaksanakan operasi defensif mahupun menyerang jika diperlukan.
Dalam pada itu, kenyataan Kementerian Pertahanan memaklumkan, sebanyak 32 buah kapal dagang masih ditawan lanun di perairan Teluk Aden walaupun pelbagai usaha di peringkat antarabangsa dilakukan untuk menangani kegiatan lanun di perairan Teluk Aden itu. Sementara itu, jurucakap TLDM ketika dihubungi memberitahu, semua 32 kapal yang ditawan lanun itu tidak melibatkan kapal dagang dari Malaysia. Jurucakap itu berkata, kesemua 23 anak kapal Bunga Laurel termasuk beberapa warga Filipina yang diselamatkan tidak mengalami kecederaan dan akan dibawa pulang tidak lama lagi.
20 January 2011 – PASKAL maritime counter-terrorism assault teams successfully thwarted an attempted hijacking by Somali pirates on the Malaysian chemical tanker, a MT Bunga Laurel in the Gulf of Aden. The tanker, laden with lubricating oil and ethylene dichloride that was headed for Singapore in the nick of time was attacked by the mothership with 18 armed pirates about 300 nautical miles (555 km) east of Oman at 11.40pm. Under the cover of darkness, seven pirates armed with AK-47 assault rifles, light machine guns and pistols suddenly emerged from a skiff boat and began boarding the tanker, firing at random. The crew of MT Bunga Laurel activated the alarm and MISC Emergency Reporting Centre (ERC) received a security emergency indication at about 11.37pm. With the received an order to rescued, the PASKALs in two boats, led by Lieutenant Commander Mohd Maznan Bin Mohd Said and Lieutenant Noor Asri Bin Roslan, were deployed from Bunga Mas Lima auxiliary ship, located 14 nautical miles (25.9 km) away, at 1.20am with the help by Fennec attack helicopter piloted by Lieutenant Jason Solomon John provided reconnaissance and aerial cover.
The PASKALs boarded the tanker and subdued the pirates and starting the gunfight with the commandos while the helicopter launched a several shots to the pirate's mother ship at bay. At least three pirates wounded in the shootout with the commandos, four captured on board while 11 more on their mothership decided to surrender and seized the weapons and ammunitions. The 23 Bunga Laurel crews successfully rescued and no among casualties and losses to Filipinos and Malaysians including PASKALs in the battle. The swift action prevented the MISC from losing the cargo worth an estimated RM30mil, and saved 23 Filipino crew members on board the vessel. The Bunga Mas Lima had just completed the task of escorting the tanker and another MISC liquefied natural gas carrier, MT Seri Balhaf, bound for Fujairah, to a safe zone called Easton 4 in the gulf. Malaysian Prime Minister Najib Razak praised the team for their efficiency in dealing with the crisis; the captured pirates were eventually brought to Malaysia to be tried.
KOTA KINABALU 6 Ogos - Kapal selam KD Tunku Abdul Rahman buat julung kalinya diintegrasikan bersama Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam Latihan Kemahiran Laut dan Latihan Integrasi Kapal Selam di perairan Laut China Selatan.
TLDM dalam satu kenyataan berkata, latihan itu yang dilancarkan pada 29 Julai di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan berakhir hari ini, merupakan latihan yang pertama kali melibatkan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman bersama 10 lagi kapal perang dalam Armada TLDM selain pesawat Super Lynx dan Fennec.
Menurutnya, dengan memiliki kapal selam sendiri, TLDM tidak lagi perlu bergantung kepada penglibatan kapal selam tentera laut asing untuk melatih kapal-kapal penangkis kapal selam TLDM dalam taktik dan prosedur peperangan.
"Turut serta adalah Pasukan Khas Laut (Paskal), kumpulan penyelam dan pasukan pertahanan udara, dua buah pesawat pejuang Hawk dan pesawat maritim Beechcraft serta Helikopter Nuri dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Latihan ini melibatkan lebih 1,000 anggota TLDM dan TUDM," menurut kenyataan itu.
Latihan kemahiran laut ini lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun oleh setiap Markas Wilayah iaitu Markasa Armada di Lumut (Perak), Markas Wilayah Laut 1 di Tanjung Gelang (Pahang), Markas Wilayah 2 di Kota Kinabalu, dan Markas Wilayah Laut 3 di Langkawi.
Namun ia kini dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan dan untuk latihan kali ini, kesemua latihan di peringkat wilayah digabungkan. - BERNAMA
Panglima Markas Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Badarudin turut meluangkan masa menyaksikan eksesais perang pangkor di Lumut, baru-baru ini.
WALAUPUN negara sentiasa berada dalam keadaan aman, kesiagaan sesebuah pasukan keselamatan amat penting untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya perang dan mempertahankan kedaulatan negara.
Sekiranya perang meletus, pasukan keselamatan perlu bersedia bukan sahaja dari segi kecekapan anggota tetapi turut merangkumi aspek persenjataan, teknikal dan taktikal.
Justeru, bagi sesebuah angkatan perang, latihan berkala secara kerap merupakan landasan yang terbaik untuk menguji kesiagaan pasukan secara menyeluruh.
Bagi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), eksesais Perang Pangkor merupakan latihan yang paling kerap diadakan saban tahun untuk menguji kesiagaan pasukan dan meningkatkan kepakaran mereka dari semasa ke semasa.
Apa yang lebih penting, eksesais tersebut merupakan pentas untuk menilai keupayaan TLDM dalam melaksanakan misi sebenar.
Eksesais yang mula diperkenalkan pada 2006 itu digelar Perang Pangkor kerana ia diadakan di perairan Pulau Pangkor, tidak jauh dari Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
Namun, latihan tersebut sebenarnya berasal daripada eksesais ‘Thursday War’ (Perang Khamis) yang diamalkan oleh Tentera Laut Diraja United Kingdom tetapi di sini, ia diadakan pada hari Rabu dan bukan secara mingguan.
Eksesais Perang Pangkor biasanya melibatkan semua kapal TLDM yang beroperasi pada hari tersebut termasuk dari pangkalan TLDM di Kuantan dan Sabah.
Pada 28 April lalu, TLDM sekali lagi mengadakan eksesais Perang Pangkor dan buat pertama kalinya, wartawan daripada pelbagai pertubuhan media diberikan peluang untuk ikut serta.
Latihan yang bermula dari pukul 1.30 petang hingga hampir pukul 1 pagi itu melibatkan kapal KD Kedah, KD Lekiu, KD Sri Indera Sakti, sebuah helikopter Fennec dan helikopter Superlynx, dua buah pesawat Hawk TUDM dan tiga bot Pasukan Khas Laut (Paskal).
Aspek pertama yang diuji ialah kecekapan Paskal KD Panglima Hitam untuk mengambil alih kapal perang dan membebaskan tebusan.
Dalam latihan tersebut, sebuah helikopter Fennec yang menempatkan penembak tepat menghampiri kapal KD Sri Indera Sakti dan berlegar-legar di udara untuk mengelirukan pihak musuh.
Pada masa sama, anggota Paskal yang menaiki dua bot tiba dan memanjat kapal dari bahagian belakang serta tengah untuk menyusup masuk ke dalam kapal tersebut dan diikuti satu lagi kumpulan Paskal yang turun di bahagian belakang kapal menggunakan tali dari sebuah helikopter Superlynx.
Dalam tempoh 10 hingga 12 minit sahaja, seramai 32 anggota Paskal berkenaan sudah berjaya menawan kapal KD Sri Indera Sakti dan membebaskan tahanan.
Ketua Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama Mior Rosdi Mior Mohd. Jaafar berkata, senario tersebut boleh dilihat daripada pelbagai aspek sama ada membebaskan kapal yang ditawan musuh dan membebaskan krew atau merampas kapal milik pihak lawan.
Katanya, kemampuan Paskal menyelesaikan operasi tersebut dalam tempoh kurang 12 minit menunjukkan keupayaan serta kecekapan pasukan itu untuk menghadapi situasi sebenar.
“Jika kapal milik Malaysia ditawan oleh lanun, TLDM boleh mengerahkan Paskal untuk merampas semula kapal tersebut walaupun di perairan negara mana sekalipun ia berlaku,” katanya semasa eksesais Perang Pangkor Siri Siri 6/2010 di Lumut baru-baru ini.
Selepas berjaya menguji kemampuan Paskal menangani ancaman atas permukaan air, kini tiba giliran kapal-kapal TLDM pula diuji dalam menghadapi ancaman di udara.
Dalam ujian itu, dua pesawat Hawk TUDM berkali-kali melintasi Kapal Sri Indera Sakti, KD Lekiu dan KD Kedah untuk menguji kemampuan sistem radar dan pertahanan kapal-kapal tersebut.
Kemampuan kapal-kapal TLDM melakukan gerakan sukar menggunakan kemahiran tinggi turut diuji selain pemindahan barang atau orang dari kapal ke kapal atau lebih dikenali sebagai ‘jackstay’.
Tidak lengkap latihan TLDM sekiranya sistem persenjataan kapal tersebut tidak diuji keberkesanannya terutamanya bagi memastikan ia benar-benar boleh digunakan.
Oleh itu, pada sebelah malam, ketiga-tiga buah kapal yang terlibat dalam eksesais tersebut melakukan latihan penembakan untuk menguji ketepatan tembakan sistem persenjataan di kapal-kapal berkenaan.
Caranya, tembakan 'military flares' atau tembakan cahaya api tentera dilepaskan ke udara dan ketiga-tiga kapal tersebut menembak ke arah cahaya yang dijadikan sebagai arah sasaran.
Latihan tersebut diadakan di sebuah kawasan di perairan Selat Melaka yang diwartakan khas untuk latihan ketenteraan, kira-kira 45 kilometer dari Pangkalan TLDM Lumut.
Selain itu, TLDM turut mengadakan latihan melawan kebakaran dan mencegah banjir supaya anak-anak kapal sentiasa bersedia dan tahu apa yang perlu dilakukan jika keadaan tersebut berlaku di kapal masing-masing.
Mior Rosdi yang ditemui selepas tamatnya latihan itu, berkata, eksesais Perang Pangkor kali ke-6 pada tahun ini berjaya mencapai objektifnya untuk menguji kemampuan TLDM untuk menghadapi pelbagai bentuk peperangan.
By IVAN LOH
ivanloh@thestar.com.my
Photos by SAIFUL BAHRI
EARDRUM-busting sounds of rockets and machine-gunfire echoed through a dark and starry night over the Straits of Malacca near Pangkor Island.
A hostile presence was then caught on the radar of the Royal Malaysian Navy (RMN) vessels — KD Lekiu, KD Sri Indera Sakti and KD Kedah.
The Royal Malaysian Navy Special Forces (Paskal) dropping off from a helicopter to reclaim the "hijacked" KD Sri Indera Sakti from "terrorists" during an anti-terrorism exercise along the Straits of Malacca near Pangkor Island recently.
Projectiles were launched and within minutes, the threat was destroyed in a burst of flame.
This was a scenario that the RMN put up to show members of the media fraternity on how they operate during an attack.
Members of the media were invited by the navy to have a rare insight on their routine exercises at sea recently.
KD Lekiu commanding officer Commander Mohamad Azuwan Harun said the exercise was as close as it would be to a real war.
“All exercises are done realistically to prepare crew members for any eventuality they may have to face in the future. The exercises also teach them the importance of teamwork and decision-making,” he added.
He said the exercise also aimed to test the capabilities and competence of the naval ships.
He noted that this was to ensure that the ships were always in tip-top condition and ready to be sent out for missions.
Earlier, the navy was also involved in an anti-terrorist exercise when its Special Forces (Paskal) team was deployed to reclaim a ‘hijacked’ KD Sri Indera Sakti from terrorists.
The ships also participated in an anti-air and tactical exercise where they had to detect and track down enemy planes.
RMN fleet commander Vice-Admiral Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, who was also present during the exercise, gave a commentary on the navy’s operations for the pressmen.
Calling for reinforcement: A KD Lekiu crew member guiding the Superlinx helicopter onto the ship’s landing pad during the exercise.
He said fighter jets from the Royal Malaysian Air Force were used during the exercise.
Pressmen were also shown how the navy crew members transferred goods from ship to ship via a jackstay procedure using rope and pulley.
During the day-long exercise, pressmen were also given a tour inside the ships and briefed on the functions of the various sections.
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR syahrir.bakar@utusan.com.my Gambar SHAIFUDIN MOHD. NOR
ANAK-anak kapal MV Sandura Cekal sedang dikenal pasti bagi memastikan mereka bukan anggota pengganas yang menyamar, selepas serbuan dilakukan.
PAGI 2 April lalu merupakan hari istimewa buat kira-kira 30 anak kapal pengangkut minyak MV Sandura Cekal, sebuah syarikat perkapalan yang didaftarkan di Indonesia.
Walaupun masing-masing belum puas menatap keindahan bandar pelabuhan Kochi (dahulu Cochin) di Kerala, India itu, perasaan rindu terhadap kaum keluarga di tanah air membuatkan mereka mahu segera membereskan kerja.
Tepat pukul 9 pagi waktu tempatan di Kochi, MV Samudera pun berangkat meninggalkan pelabuhan.
Destinasinya ialah Indonesia. Selepas itu anak-anak kapal boleh bercuti panjang dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Ada warga Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura dalam 'perut' kapal tersebut.
Selepas hampir seharian mereka belayar, MV Sandura Cekal 'dirampas' oleh sekumpulan 'puak pemisah' digelar Bravo atau disebut irredentist dalam kajian antarabangsa.
Kumpulan itu nekad 'merampas' MV Sandura Cekal dan menjadikan kesemua anak kapalnya sebagai 'tebusan'.
Selepas berjaya melakukan rampasan di Lautan Hindi, kumpulan Bravo yang diketuai 'pengganas' bernama Kassim Abu Bakar mengarahkan kapten Sandura Cekal supaya menukar haluan ke arah Laut China Selatan melalui Selat Melaka.
Pertukaran arah itu bagaimanapun dikesan ibu pejabat Biro Maritim Antarabangsa (IMB) berpangkalan di United Kingdom. Selepas beberapa siri komunikasi radio dengan kapten Sandura Cekal dan Kassim, IMB mengesahkan kapal malang itu telah ditawan 'pengganas'.
Kerjasama Malindo
Berita itu segera disampaikan kepada pihak pemerintah Malaysia dan Indonesia memandangkan MV Sandura Cekal yang 'ditawan' berada di perairan Malaysia serta didaftarkan di Indonesia.
Ketua kumpulan Bravo, Kassim juga meminta wang tebusan sebanyak RM160 juta sebagai pampasan membebaskan MV Sandura Cekal dan anak-anak kapalnya.
Hasil usaha sama yang terjalin selama ini, pemerintahan kedua-dua negara bersetuju supaya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI-AL) menggerakkan pasukan khusus masing-masing untuk menamatkan krisis.
Melalui arahan yang dikenali sebagai Perintah Tetap (Protap) 17 dan 18 itu juga, sepasukan anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM dan Detasmen Jala Mengkara (Denjaka) TNI-AL digerakkan ke perairan Selat Melaka.
Kapal induk KD Terengganu dijadikan penempatan bagi menggerakkan serbuan ke atas Sandura Cekal jika rundingan menemui jalan buntu.
Setelah beberapa jam berunding dan persetujuan gagal dicapai, pemerintahan kedua-dua negara mengambil keputusan untuk menggerakkan kesemua anggota Paskal dan Denjaka.
Ia dimulakan dengan kehadiran helikopter Fennec Skuadron 502 TLDM bagi mengalihkan perhatian 'pengganas'.
Semasa para 'pengganas' sibuk mengawasi dan menembak Fennec, sebuah bot membawa anggota Paskal dan sebuah lagi daripada Denjaka menghampiri MV Sandura Cekal dari sisi kiri dan kanan kapal itu.
Lima anggota unit selam Paskal pula menghampiri kapal berkenaan dari sebuah bot yang menyamar sebagai nelayan dan memanjat MV sandura Cekal secara senyap.
Serentak dengan itu juga, sepasukan anggota Denjaka tiba di atas MV Sandura Cekal dengan helikopter Bell 412 dan turun ke atas geladak kapal tersebut menggunakan teknik fast-roping.
Dengan ketepatan masa dan kelicinan operasi, kesemua anak kapal MV Sandura Cekal berjaya diselamatkan dalam tempoh kira-kira setengah jam.
Semua 'pengganas' dikumpulkan di geladak atas kapal. Tebusan cedera atau dikategorikan sebagai berprofil tinggi dibawa keluar daripada MV Sandura Cekal menggunakan helikopter.
Ternyata, senario rampasan dan pembebasan MV Sandura Cekal membuktikan kejayaan Eksesais Malindo pada kali ini.
Ia juga memperlihatkan keupayaan kedua-dua angkatan laut negara berjiran itu mampu mengawal keselamatan di perairan Selat Melaka.