Mar 17, 2015

MNCTX libat 11 negara, lawan keganasan


Bagi membendung ancaman pengganas termasuk kumpulan militan Negara Islam (IS), satu eksesais melawan keganasan selama seminggu yang julung kali melibatkan pelbagai negara diadakan di sini hari ini.

Eksesais melibatkan seramai 173 peserta daripada 10 negara ASEAN dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) itu dianjurkan bersama oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Turut terlibat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Eksesais dikenali sebagai MNCTX itu dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Yang turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Pasukan ATM diwakili oleh Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (Paskal) dan Pasukan Khas Udara (Paskau), PDRM pula diwakili Komando VAT69 dan Unit Tindakan Khas (UTK) manakala Maritim Malaysia, Pasukan Tindakan dan Penyelamat Maritim.



Ahmad Zahid dalam sidang akhbarnya berkata, eksesais itu bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan perkongsian maklumat antara negara-negara ber­kenaan dalam memerangi kegiatan pengganas yang menjadi ancaman di seluruh dunia.
Kata beliau, ia juga boleh dijadikan landasan untuk mengukuhkan hubungan ketenteraan, seterusnya merancang dan mewujudkan pelan tindakan menangani ancaman keganasan.
“Justeru kita berharap agar eksesais ini dijadikan acara tahunan agar isu pengganas dapat ditangani secara bersama,” katanya.



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mnctx-libat-11-negara-lawan-keganasan-1.70320#sthash.YVg5uzjZ.dpuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis